Program Jalinan Kasih sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat penghuni Penjara Tawau telah diadakan pada 13 Julai 2017 (Khamis) bertempat di perkarangan Dataran Insaf Penjara Tawau. Majlis ini telah dirasmikan oleh PKK Faisal Bin Mohamed Noor, Pengarah Penjara Tawau. Majlis ini melibatkan 12 orang penghuni dan dihadiri oleh 36 orang ahli keluarga penghuni. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah Penjara Tawau, seterusnya jamuan makan, ramah mesra penghuni bersama ahli keluarga dan diakhiri dengan sesi bergambar. Majlis juga telah diserikan dengan persembahan busking daripada penghuni.
""